The Do’s and Don’ts of being Self-Employed.

Now.

It has been officially a month since I left my joyful world as a kindie teacher in Bangsar.

My life has been changed dramatically ever since.

From being in rush almost every second of the day. Being rush because I practically disorganized. Trying to juggle between roles. Of being clueless and fail to anticipate upcoming to do list of the day.

Yes being in that environment is fun. Educating is fun. The fulfilment is remarkable. I saw 13 children grown under my nose for that short 8 months. Yes. They did. And I can’t help admitting that somehow someway I am responsible to who they are by the end of the school term.

Yet. Being employed, a mother to a toddler, a wife, a daughter can be handful and to mess the list more I decided to go back to school. Having a classroom to manage at a fix time of every weekdays without the benefits of leaves may not be the best option for me.

Of being sick for 3 times in 8 months. Of having a still breastfeeding toddler. I opt for that choice and today, I am thankfully and proudly confess that my employment term has changed.

Being self-employed is a self-learning process. I have to admit my sense of time management has always been off. My paper organizing skill has always been the worse since ever.

I AM WORKING ON IT. I AM. TRUST ME.

On the 1st of December, I took my first step of being self-employed, full time. I vowed to be ahead of time. Be in control of my schedule. And until today, 30 days after. I am nowhere close.

Laugh. Mock me if you must. I deserve that.

The isolation of being self-employed. You don’t have mentors who can be responsible to mistakes that you make. You have no idea of what you’re doing and you don’t have any last years annual reports to refer to.

Besides having partners who helped in your own startup, I learned a lot of many laws and arrangements that I am totally ignorant if not I was thrown into this situation.

A bad thing? Not necessarily.

However, I vowed to have a self-reflection at least every 30 days. Something I missed while I was being employed in previous places. A good practice. During my years as a fellow in Teach for Malaysia, we had that every few months. It taught me a lot. It calmed me down. Helped to see and gave myself a little bit of pat on my back. After all, you need to learn to appreciate yourself, so that you can be positively contagiously inspiring.

The Do’s. 

1. Start your days early.

My own verdict. Still in progress. Still not early enough. 

2. Set goals for the day.

It is very important to work backwards. I should have applied this since day one. Improving on this. My goal is to have my kitchen cleaned by the time I go to bed every night. 

3. Partition time of the day.

My weekdays day is for my startup. Evening is strictly for family. Midnight is for my studies.

4. Hangout with positive people. Only. But first, I need to be positive.

5. Reward yourself.

Can be a cup of nice coffee and some homemade oreo cheesecake at the end of the day. Finish a movie when everyone is asleep or just a few pages of a good novel before you sleep.

6. Say I love you.

*tongue in the cheek. Hik.

7. Pace yourself.

Don’t rush. Know yourself. But be true.

The Don’ts.

1. Being too ambitious.

Ukur baju di badan sendiri. Know your limits. Be real. Be feasible. 

2. Going to sleep feeling angry.

Bad for your heart. Bad for your aura. Not good. Very not good. 

3. Complaints too much.

Bad energy. Full stop. 

4. Letting yourself to be overwhelmed with emotions, workloads and guilt.

Now.

My list can be updated from time to time. I am sure everyone has their own that works better. This is my own self-reflection. Something that I am working on.  It has been 30 days. Only 30 days. They say new habits need to be repeatedly done at least 2 months.

(Source : http://jamesclear.com/new-habit).

Breath. Let’s don’t break the habit. No. Don’t turn back.

Nevertheless.

Start with the end of mind.

Happy New Year. May 2015 be better for us. Prayers for everyone. #pray4pantaitimur #pray4malaysia

14.12.12 ke 14.12.14

2 tahun.

Duhai suami.

Terima kasih atas realiti cinta.

Membuka mata merubah teropong ke alam nyata.

Terima kasih atas sebuah perkongsian.

Yang amat bererti ketika berdua, dan kini bertiga.

Terima kasih atas tiupan sang katalis inspirasi.

Masih segar semalam hari ini dan juga esok yang masih menanti kita.

Terima kasiha atas kepercayaan, tunjuk ajar dan melentur buluh yang telah keras.

Benarlah cinta itu menghidupkan, tetapi rumah tangga itu yang menyuburkan.

Jangan dilupa kenangan dari hari pertama.

Biar kita kongsikan bersama zuriat bila tiba masanya.

Biar alam maya jadi rekod. Biar Tuhan jadi saksi.

Suatu hari kita terbang di langit biru. Kau dan aku. Di sisi Dia yang menulis dalam luh mahfuz.

Ikhlas dari isteri mu yang kurang jelita tapi manis senyumanya.

Menyingkap tadbir, menjengah gerimis.

Assalammualaikum.

 

Hampir 4 bulan tiada sebarang coretan.

Sibuk dengan tadika, sibuk dengan tugasan pascasiswazah, sibuk dengan keluarga.

 

Anak dah 1 tahun 3 bulan.

Humaira dah pandai berjalan. Dah pandai makan. Dah pandai memilih bila makanan tak cukup garam.

 

Abang ziyad, abang susunya juga tak kurangnya.

Leka bila mewarna. Pandai backup adik ya. Makin bergaya. Makin ranggi. Makin petah berbahasa caranya.

 

Aku?

Bulan depan, genap 2 tahun sebagai isteri.

Masih kenal mengenal.

Ya, 10 tahun kenal. 8 tahun sebagai kawan. Hampir 2 tahun sebagai teman sekatil, sebumbung.

Belum cukup.

Masih penuh kejutan. Berselisih faham itu biasa. Sedangkan lidah lagi tergigit katanya.

 

Tetapi yang pasti, semakin sayang.

 

Kalau ada yang kata ‘Yang… abang sayang ayg saamaa macam kali pertama kita jumpa dulu’… itu harus jaga2..

 

Bukan sepatutnya semakin lama kenal, semakin sayang?

 

Cukup dahulu.

 

Meniti hari. 3 days to new adventure.

Ucapan Syawal daripada kami anak-beranak

Salam Syawal.

Tahun kedua beraya sebagai isteri. Tahun pertama sebagai Ibu. Persiapan yang ala kadar. Kurang teruja mungkin kerana separuh Ramadhan yang keluar masuk hospital. Sebenarnya, saya hanya bersyukur yang masih berkesempatan bertemu dengan Syawal. Tak nak minta lebih.

Tahun ini beraya bersama mak dan abah. Suami bekerja sehingga raya ketiga. Raya keempat dan kelima kami berkesempatan meluangkan masa bersama keluarga sebelah saya di sebuah negara di utara Malaysia. Raya keenam baru berpeluang untuk beraya bersama keluarga mertua.

Tahun yang kurang lemang dan rendang. Kurang berjalan raya. Duit raya memang tak dapat dah. Dah tua!

Walau bagaimanapun, si kecik ni yang paling seronok. Pertama kali beraya kan? Mungkin dia masih belum memahami apa itu raya. Tapi yang pasti, dia yang paling excited bila dapat sampul duit raya. Bukan kerana ‘isinya’ tapi boleh gigit kertas yang warna-warni tu!

Aduhai anakku…!

Tahun ini bertiga

Tahun ini bertiga. Alhamdulillah.

Ramadhan Bulan Ibadah

Ramadhan Kareem. Maaf entri ini ditulis terlalu suntuk. Sudah malam ke 15. Semoga umat Islam di seluruh dunia dapat menjalani ibadah sebaik mungkin. Biar istiqamah. Jauhi perasaan riak. Yang penting, ikhlas lillahi ta’ala.

Ramadhan pertama sebagai seorang ibu. Yang kedua sebagai seorang isteri. Cabaran kali ini lain macam sebab berpuasa dan menyusu. Tak sampai seminggu berpuasa yours truly dikejarkan ke hospital. Bacteria infection. Admitted for 4 days. Doctor sarankan jangan berpuasa kerana dehydration yang agak ketara. Badan lemah. Selera makan tiada dan muntah-muntah.

Yang paling sukar bukan kerana berpuasa. Tetapi hakikat terpaksa berjauhan dengan si kecil selama 3 malam. Dugaan Ramadhan. Redha. Ada rezeki sebaliknya. Alhamdulillah sekarang sudah beransur pulih. Berehat di rumah. Isnin depan kembali bekerja. Oh ya, saya sekarang adalah guru tadika di sebuah prasekolah di Bangsar. Bekerja bersama-sama kanak-kanak riang. Ada motif di situ. Tidak akan diceritakan sekarang. Insya Allah akan diceritakan satu hari nanti jika ada jodoh dan kesempatan.

Bermusahabah di malam hari. Apakah hala tuju? Sejujurnya diri ini masih tercari-cari.

Insya Allah akan kembali ke sekolah sebagai seorang pelajar pada hujung bulan hadapan. Semoga langkah ini memberi satu nafas dan inspirasi baru dalam mencapai apa yang dihajati.

Tidak. Bukan segulung kertas itu yang dikejar. Lebih daripada itu. Mungkin mencipta sebuah legasi untuk anak cucu. Entahlah. Yang saya tahu, keinginan itu terbakar. Masih marak. Semangat itu masih segar.

Rabbi yassir wala tuassir.

Ada kesenangan di sebalik kesusahan. Janji Allah itu pasti.

1 year plus and counting

Image 

Tengok! Inai masih merah di jari. Tak sedar pejam celik hampir 1 tahun 6 bulan. Probably the only vacation that we both had, so far. 

Motif gambar ini dipilih? Tiada yang spesifik. Hanya kerana mata dah tak boleh tidur berfikir nak karang research proposal dan terserempak koleksi gambar-gambar sewaktu kami berdua (sekarang dah bertiga!).

1 tahun 6 bulan baru nak berkenalan. Masih jauh dalam mengenal isi hati budi masing-masing. 

So, yes. Motif entri ini? Takda motif sebenarnya. Saja sebab wordpress dah hantar banyak alert lama tak buat entri. 

Kenangan. 

1 tahun 6 bulan macam-macam berlaku. Terlalu banyak. Bayangkan apa yang kami boleh lalui dalam masa 30 tahun atau lebih, sepanjang hayat.

Semoga jodoh ini diberkati. Semoga berkekalan. 

Rindu. Ecehh..

Cinta dari kaca mata seorang hamba

Maka harusnya kita mencintai Dia sebelum mencinta hambaNya

Semakin dekat hati kita denganNya

Semakin dekatlah hati kami berdua

Cinta yang pertama, cinta yang hakiki

Kerana pada Dia tersimpan 1001 rahsia

Allahuakbar

Tersirat sungguh percaturan hidup kami berdua yang setiap satu yang terduga membuka pelbagai pintu rahmat yang tak terjangka

Nikmat manakah yang lagi kau mahu dustakan?

Previous Older Entries

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.